10 Rancangan Jahat Tamarod menjatuhkan Mursi

“bukan pemandu teksi sebenar”
Suatu petang saya pulang ke rumah menaiki Teksi, dan seperti biasa ruang masa yang ada digunakan untuk update dan bersembang perihal Mesir, dan tajuk pilihan pastinya 30 haribulan ini, Ulang tahun setahun Mursi memerintah.
“Apa khabar Aamil Hag(Haji)?” sapa saya ringkas. Beliau menjawab dengan biasa “Alhamdulillah, semua ok, dan Insya’allah Mursi akan jatuh!”
Saya tergamam, niat saya mungkin telah dibaca lebih awal oleh beliau dan dari awal pendirian beliau untuk tidak menyokong Mursi telah jelas.
Kemudian saya bertanya mengapa dia ingin jatuhkan Mursi? Beliau menjawab selamba “Sebab setahun tiada yang timbul melainkan kerosakan! Mursi ni tak pandai urus negara, dia buat negara ni jadi negara Ikhwan dan yang memerintah sebenarnya Murshid Ikhwan dia boneka, kami tak nak boneka!”
Kemudian saya bertanya, siapa yang akan mengganti? Beliau menjawab “Ahmad Syafiq akan ganti! Zaman dahulu masa Ahmad Syafiq memerintah tiada masalah pun, sekarang macam – macam masalah!”
Kemudian, saya cuba rasionalkan dan bertanya “Adakah Mursi yang menyebabkan semua ini atau siapa? Bukankah orang lain yang buat masalah, dan timbulkan huru – hara dekat Mesir? Kenapa Mursi pula kena? Mursi hanya nak baiki Mesir sahaja kan?”
Kemudian beliau terdiam sebentar, dan menyambung “Tapi Mursi sebab kepada semua ini!! Mereka buat sebegitu sebab Mursi menang! Kalau Mursi kalah, dan Syafiq memerintah mereka takkan buat begini dekat Mesir!! Tetap Mursi salah!”
Saya terdiam sementara, terfikir adakah Pakcik ini mampu untuk dirasionalkan atau bagaimana?
Maka saya menyusun ayat untuk soalan terakhir berharap ia mampu memberi sedikit cahaya, saya sambung “Tapi………saya pelik.”
“Kenapa?” balas beliau ingin tahu.
Pantas saya jawab “Kenapa semua nak marah Mursi tapi tak marah dekat perosak? Kenapa tak kumpul dekat Tahrir untuk buang fulul dan baltagi (perosak negara dan sameseng) sebab semua tahu, sebab saki – baki pengkhianat negara ini, dan perosak masyarakat inilah menyusahkan Mursi dan rakyat – rakyat, kenapa tak lawan mereka, kalau lawan Mursi tak kurangkan masalah pun, tapi kalau lawan fulul dan samseng sedikit sebanyak membantu, bukan?”
Dia terdiam lama.
Diakhir perjalanan, sebelum saya turun saya tanya pemandu teksi itu soalan biasa sebagai penutup bicara “Ahad ni kerja tak?” (hari Ahad adalah hari perkumpulan besar – besaran diTahrir menentang Mursi).
Beliau menjawab “Tidak, aku akan ke Tahrir, menentang Pemerintahan Murshid (jatuhkan Mursi)!”
Saya hanya mampu tersenyum dan meninggalkan pemandu teksi tersebut yang memandu teksi tanpa memakai selipar atau kasut……. berkaki ayam.
Kesimpulan, saya lihat Mesir bukan sahaja memerlukan pemerintah yang hebat dan baik, namun lebih dari itu masyarakatnya perlukan perubahan yang mendalam dan meliputi semua lapisan. Mungkin hari ini (30 hari bulan, kemuncak demonstrasi) penyokong Mursi mampu menang, ataupun sebaliknya, namun kalaulah rakyat tidak berubah, lambat laun masalah demi masalah akan timbul dan meleret.
Pertembungan yang berlaku pada hari ini jelas bukan bermula hari ini, ianya bermula dengan kehendak individu yang membentuk kehendak kelompok dalam masyarakat, dan telahpun bermula ratusan malah ribuan tahun yang lepas.
Kembali kepada kehendak asas yang diuji pada setiap manusia, adakah aku ingin hidup untuk Allah atau sebaliknya hidup untuk diri sendiri?
Kalaupun susah, perlu mudah dan rasional sahaja dengan kehendak tidak inginkan kerosakan dan kefasadan dimuka bumi, kalau ini pun susah, bagaimana jika mereka memerintah?.
*angka kecederaan mencecah ribuan, dengan pembakaran berterusan dipejabat Kerajaan dan Markaz – markaz Ikhwan
Tamarod merupakan himpunan aman? Apa yang bakal berlangsung esok?
10 Rancangan Jahat Tamarod 30 Jun 2013.
1. Sepuluh perkumpulan di Bandar-bandar utama seperti Ramsis, Abasiyah, Misr Jadidah & Tahrir (selain itu bakal ditetapkan) berarak menuju Istana Ittihadiyyah (kediaman presiden Mursi).
2. 200 ribu peserta dijangka berkumpul di Istana Ittihadiyah seawal jam 8 pagi dan merancang untuk merempuh, mengepung (membuka khemah, berkumpul) di Istana kira-kira pada jam 8 malam lantas mengusir dan menghalau Presiden Mursi dengan membunuh atau menangkap dengan menggunakan apa jua jenis senjata.
3. Jam 10 malam dijangka mengumumkan pembentukan Majlis Presiden (penggubal perlembagaan) terdiri daripada peneraju ‘Barisan Penyelamat’ ; Amru Musa, Hamdein Sobahi & El Baradei.
4. Membentuk kerajaan campuran terdiri daripada Abdul Mun’im Abul Futuh dilantik sebagai Perdana Menteri dengan dibantu tiga timbalan, Josh Ishaq (Koptik Kristian) Nadir Bakkar (Parti An Nour) dan Al Maghadzi (parti Wafd & kumpulan Liberal). Pemerintahan terdiri daripada 35 kementerian, diagihkan kepada Majlis Presiden, Parti Nour dan Koptik.
5. Pengisytiharan darurat.
6. Pembatalan Undang-undang Darurat kini dan kembali menguatkuasa akta darurat 1971 (undang-undang era Mubarak dan sebelumnya, Anwar Sadat)
7. Mengeluarkan perintah presiden untuk membatalkan Majlis Syura semasa dan penangkapan semua ahli serta ahli-ahli parlimen dibubarkan dan penangkapan semua yang terlibat pada penangkapan 1981.
8. Menutup rangkaian media ektremisme (pro Mursi) seperti al Jazeera& Misr 25.
9. Membatalkan lesen majalah & surat khabar seperti akhbar Sya’b (rakyat), Hurriyyah wal Adalah (lidah rasmi FJP), al Misriyyun.
10. Menangkap Mursi, ahli Maktab Irshad Ikhwan Muslimin, ahli Majlis Syura Ikhwan Muslimin dan yang bertanggungjawab pada perhimpunan pro Mursi di dataran Rabiatul Adawiyah.
Mohon doa khusus untuk keselamatan Mesir dan segala rancangan jahat ini tak menjadi nyata.
Allahuma unsur ikhwanana fi Misr!
Sumber: Nafidzah Misr dengan olahan penulis

0 comments:

Post a Comment

 
© 2010 veep | Blogger.com