Semakan Keputusan BRIM 2.0 Online 2013. Semak Status Permohanan!

Semakan BRIM 2.0 : Berdasarkan bajet 2013, penerima BRIM 2.0 boleh melakukan semakan BRIM 2.0 bagi menerima RM500 (isi rumah) & RM250 (golongan bujang). Bagi yang belum daftar BRIM 2.0 lagi, boleh hantarkan permohonan anda melalui borang BRIM 2.0 dengan cara  . Permohonan boleh dilakukan sehingga 15 Februari 2013 (tarikh tutup).

Semakan BRIM 2.0 Online 2013?

Untuk pengetahuan anda semua, pihak Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) tidak menyediakan kemudahan  semakan BRIM 2.0 online kepada penerima BRIM 2013.

Semakan Keputusan BR1M 2.0 Melalui Talian Hotline?

  • Anda sendiri sebagai pemohon juga boleh semak status permohonan BRIM 2.o anda dengan cara menelefon talian hotline1-800-222-500 (Pusat Khidmat Barisan Nasional) @ 03 7713 6666(Lembaga Hasil Dalam Negeri – LHDN)
  • Ataupun anda boleh hantarkan pertanyaan terus melalui emel ini di belanjawan2013@treasury.gov.my bagi mendapatkan maklumbalas yang selanjutnya
  • Talian hotline tersebut akan beroperasi dari jam 9.00 pagi hingga 5.00 petang setiap hari bekerja
Yang mana ada cuba-cuba untuk menelefon talian hotline yang diberikan, anda mungkin akan berhadapan dengan talian yang agak sibuk. Jadi, kami menyarankan anda cubalah hubungi mereka berulang kali sehingga berjaya. Dan kalau boleh elakkan menghubungi nombor 1800, sebab agak sukar untuk anda dapat. Gunakan 03-77136666 dan dail sehingga berjaya (kadang-kadang mereka akan mengatakan nombor tersebut tidak wujud, tetapi teruskan juga untuk mendailnya kerana nombor itu memang aktif).

Semak BRIM 2.0 di LHDN?

Ataupun anda boleh terus pergi ke mana-mana pejabat Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) yang berdekatan dengan anda dan berurusan terus dengan Pusat Khidmat Lembaga Hasil Dalam Negeri LHDN yang bersedia membantu membuat semakan status permohonan BRIM 2.0 anda samaada mereka layak untuk menerimanya atau tidak.

Butiran Pembayaran BRIM 2.0 2013?

  • Tarikh bayaran BR1M 2.0 akan dilaksanakan mulai bulan Februari 2013
  • Tarikh dan tempat agihan baucer BRIM 2.0 2013 akan dimaklumkan melalui pos

Semakan BRIM 2.0 2013 (1 Malaysia) : Masalah Terlewat Terima Surat?

Sepatutnya semua surat jawapan telah siap diposkan menjelang 31 Januari 2013. Di dalam surat tersebut, akan dinyatakan tarikh dan tempat agihan baucer brim 2.0 tersebut. Jadi apa yang boleh anda lakukan ialah :
  1. Hubungi semula pihak lembaga Hasil Dalam Negeri LHDN, dan mohon bantuan mereka untuk lakukan semakan borang Brim 2.0 anda diletakkan di bawah kendalian DUN atau Parlimen kawasan yang mana satu?
  2. Kemudian anda perlu hubungi pejabat DUN/Parlimen kawasan berkenaan dan beritahu menganai surat jawapan masih lagi belum diterima
Jadi mungkin ada daripada anda yang terlepas majlis penyerahan baucer br1m 2.0 tersebut. Apa yang boleh anda lakukan adalah dengan :
  • Biasanya mereka akan menyarankan anda untuk pergi juga ke majlis rasmi penyerahan baucer BRIM 2.0 yang akan datang pula di kawasan/dun masing-masing. Tarikh dan masa penyerahan BRIM 2.0 yang seterusnya, mereka akan maklumkan

Penebusan rebat telefon pintar dilanjutkan

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) melanjutkan tempoh penebusan rebat RM200 Pakej Komunikasi Belia (PKB) daripada sebulan kepada tiga bulan bermula Rabu.

Belia yang telah berjaya mendaftar dan telah menerima pengesahan yang berjaya pada awal Januari lalu tidak perlu mendaftar semula kerana tempoh sah telah dilanjutkan kepada tiga bulan dari tarikh pendaftaran asal dan bukannya lagi satu bulan.

Menurut Pengerusi SKMN Datuk Mohamed Sharil Tarmizi, pihaknya dalam proses menghantar emel kepada semua yang telah mendaftar bagi memaklumkan mengenai perkembangan terbaharu ini.

Menurut beliau, syarikat-syarikat telekomunikasi dan wakil-wakil penjual yang dilantik juga telah dimaklumkan mengenai lanjutan tempoh tersebut.

Sehingga kini, lebih 440,000 belia yang berumur 21 hingga 30 tahun telah berjaya mendaftar untuk mendapatkan rebat 200 ringgit dan daripada jumlah itu, hampir 60,000 telah membeli telefon pintar baharu.

Setakat ini, terdapat lebih 4,500 wakil penjual seluruh negara yang menawarkan hampir 70 model telefon pintar.

Skim pakej komunikasi belia ini telah dilancarkan pada 1 Januari lalu.


sumber:astro awani

(biadap)Buka puasa makan babi, Alvin Tan dan Vivian Lee cetus kemarahan muslim


Alvin Tan dan Vivian Lee cetus kemarahan muslim - Apa sudah jadi dengan penulis blog berunsur lucah, Alvin Tan dan Vivian Lee yang sekali lagi mencetuskan kontroversi apabila memuatnaik sekeping gambar "Selamat Berbuka Puasa" di akaun Facebook milik mereka berdua semalam. Gambar berkenaan memaparkan mereka sedang makan "bak kut teh" yang digambarkan sebagai makanan yang wangi, enak dan menyelerakan.


Setakat tengahari Jumaat, lebih 140 pemilik akaun Facebook telah berkongsi gambar mereka, manakala sejumlah 500 komen berbentuk kecaman turut dterima. Kebanyakkan pemberi komen mendakwa pasangan ini sebagai mengabaikan sensitiviti terhadap masyarakat berbilang kaum.

Ketika Alvin Tan ditembual wartawan mstar tentang penyebaran gambar itu, dia memberitahu bahawa posting berkenaan dibuat tanpa ada apa-apa niat untuk mencetuskan kemarahan kaum muslim.

Menurut Alvin Tan  dia tidak menyesal dengan posting sedemikian kerana dia hanya mahu mencipta satu jenaka yang menyedihkan dan ingin melihat bagaimana penerimaan masyarakat terhadap lawaknya.

"Mungkin, selepas ini. Saya tidak pasti. Saya tidak sabar untuk melihat bagaimana menerima isu ini. Nampaknya tidak semua orang mempunyai pemikiran yang sama seperti kami. Ia hanyalah satu lawak menyedihkan. Ini adalah satu percubaan kami untuk melihat bagaimana masyarakat menerimanya. Saya hanya mencuba untuk membuat kelakar dalam perkara seperti ini."

Status facebook yang sangat budus

Assalamualaikum..

Seperti yang kita sedia maklum.Perkembangan dunia siber yang pesat membangun sangat membantu kehidupan manusia.Tapi kadangkala searus dengan pembangunan teknologi membutakan hati sebagai insan yang paling hina di muka bumi ini.

Medium sosial terkenal iaitu facebook
iaitu tempat mengumpul dosa yang paling banyak dalam masyarakat kita

nak pergi berak pun di updated status di facebook.
suami isteri bergaduh di facebook menyebabkan orang di sekeliling mengetahui hal rumah tangga 
yang orang tidak patut tahu

agama diperkotak katik sewenang-wenangnya oleh musuh-musuh agama.
tidak terkecuali oleh remaja di bawah ini yang mengupdated status nya di facebook


fikirlah sebelum membuat tindakan kita tu samada wajar ataupun tidak

Tentera amerika mencuri ratusan jongkong emas kerajaan Iraq (gambar)









sumber

SKMM akan panggil pasangan persenda Ramadan di Facebook - Timbaan Menteri

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) akan memanggil pasangan yang mempersendakan Ramadan dengan memuat naik gambar makanan yang menyentuh sensitiviti umat Islam di negara ini di laman facebook mereka. 

Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Jailani Johari, berkata Tan Jye Yee, 25, dan Vivian Lee, 24, akan dipanggil memberi keterangan berhubung kes itu yang mendapat bantahan banyak pihak. 
"SKMM akan memanggil mereka bagi membantu siasatan kes itu dalam masa terdekat, buat masa ini kita serah pada SKMM untuk jalankan siasatan," katanya ketika dihubungi Bernama di sini, hari ini. 


Pasangan itu yang juga bekas penuntut National University of Singapore mempersendakan Ramadan dengan memuat naik gambar sedang menikmati hidangan dengan kapsyen 'Selamat Berbuka Puasa dengan bak kut teh...wangi enak dan menyelerakan' berserta logo halal. 

Hari ini, satu lagi akaun facebook telah memuat naik status yang mempersenda Ramadan dengan menampilkan iklan berbuka puasa dengan babi panggang yang turut diletakkan logo halal. 

Mengulas mengenainya, Jailani berkata perkara itu telah dibawa kepada SKMM yang mengesahkan akaun itu diwujudkan oleh pengguna dari luar negara. 

"SKMM akan membuat laporan kepada pengurusan facebook dan meminta mereka menyekat atau memadam akaun berkenaan," katanya. 
Dalam pada itu, Jailani menasihatkan pengguna facebook terutama umat Islam supaya membuat laporan terus kepada pentadbiran laman sosial itu atau SKMM jika mendapati ada perbuatan menghina kesucian Islam dalam laman sosial itu. 

Pengguna facebook juga dinasihat supaya tidak berkongsi atau menyebarkan status berkenaan bagi mengelak berlakunya suasana tidak selesa dalam kalangan masyarakat pelbagai kaum di negara ini. - BERNAMA

servis bina facebook cover desgin

design cover page fesbuk




 sekarang ini ramai perniaga-perniaga beralih angin dalam pasaran sosial media iaitu facebook. ini kerana pasaran facebook lebih luas dan mempunyai ramai target pembeli yang berpotensi

jadi buat perniaga facebook tegar yang sibuk melayan order dari pelanggan anda sudah tentu anda tidak mempunyai masa untuk design cover faceook anda,jadi kami menyediakan servis mendesign facebook cover untuk fan pages anda..

KEBAIKAN yang anda dapat dengan design facebook cover timenline 
-bisnes anda akan kelihatan profesional
-pembeli akan berasa selesa berurusan di fan pages anda
-meningkatkan mood pembeli
-
boleh lihat contoh design yang  kami buat dari pelanggan kami

Desgin A





Design B




harga servis kami? memang berpatutan 
hanya RM50 sahaja ?
design kami memang berkualiti di jamin anda akan berpuas hati
like page kami untuk dapatkan desgin terbaru
kami akan updated servis-servis yang kami tawarkan pada masa datang.
ok untuk tempahan anda boleh bank in RM50

Ke akaun cimb 04160008801521
(muhammad shafiq bin osman)
Selepas bayaran di buat sila sms maklumat bayaran di 0176185797


p/s: akan datang servis buat akaun you tube dengan pva,follow blog ini untuk pelancaran servis you tube pva nanti ye

 
© 2010 veep | Blogger.com